Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah bermula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBT diberikan kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Berikut Kronologi Sejarah SPBT
1971
Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan bantuan buku teks kepada pelajar daripada keluarga kurang mampu.
1974
Majlis Tindakan Negara menetapkan dasar kelayakan SPBT:
1)Semua murid SK layak tanpa mengira status sosio ekonomi keluarga.
2) Murid SJK dan SM mengikut syarat dan peringkat:
ü RM200 semua anak layak.
ü Had maksimum pendapatan RM500.
1983
SPBT diperluaskan ke SMAR, semua murid layak SPBT.
1986
Pindaan Dasar Kelayakan SPBT.
1) Semua murid SK dan SMAR layak SPBT.
2) Lain-lain sekolah mengikut had pendapatan keluarga
ü RM700 ke bawah semua layak.
ü Rm701 hingga RM800 seorang anak ditanggung oleh ibu bapa.
ü Rm801 hingga Rm900 dua orang anak ditanggung oleh ibu bapa.
ü RM901 hingga RM1000 tiga orang anak ditanggung oleh ibu bapa.
1998
Semakan semula dasar kelayakan SPBT
- SK dan SM had pendapatan maksimum RM1500 dan lain-lain sekolah tidak berubah.
4 April 2001
Pindaan Dasar Kelayakan SPBT
-SK dan SMAR had pendapatan maksimum RM2000 dan lain-lain sekolah tidak berubah.
4 Ogos 2001
Pindaan Dasar Kelayakan SPBT SJK (C) & (T).
-Satu had pendapatan, Rm1000 ke bawah tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
No comments:
Post a Comment